Nik Hazlini's FotoPage - - Fotopages.com
Hadiah utk Kimi - anak kawanku
Hari sabtu baru ni ada geder-geder RN so mmg tak boleh nak join. Geder2 ni dah lama dlm calendar ku...so mmg x leh nak kensel.
Shafiq dah 4 tahun.
Gambar masa kat Makati City Philippines
Lagipun bwk baby bersama.....masa tu baby baru 2 bulan. So memang susah nak jalan-jalan. Sekadar ambil angin kat sekitar hotel dan shopping complex kat area hotel tu.
Menu untuk makan malam
Bahan:
10 biji kacang botol - dipotong nipis
2 biji cili merah - hiris halus
1 batang bunga kantan - hiris halus
1 bj bawang besar (saiz sedang) - hiris halus
1 biji buah tomato - hiris halus
2 tbsp sambal belacan
1 biji limau nipis - ambil air
2 tbsp ikan bilis - digoreng
gula dan garam secukup rasa
Cara:
1. Potong kacang botol nipis-nipis.
2. Campurkan dengan cili merah, bunga kantan, bwg, buah tomato, sambal belacan, ikan bilis, air limau nipis. Gaul rata.
3. Masukkan gula dan garam. Gaul rata.
4. Rasa. Hidang.
Ayam Masak Halia
Bahan:
300gm isi ayam - potong dadu
3 inci halia muda - potong nipis memanjang
1 tbsp sos tiram
1 tsp seasoning
1 bj bwg besar - mayang
1 bj cili merah - mayang serong
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak
Cara:
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan separuh bwg dan halia. Goreng hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam. Goreng hingga masak.
4. Masukkan sos tiram, seasoning dan air.
5. Masukkan garam dan gula. Rasa.
6. Masukkan cili merah. Kacau. Angkat dan hidang.
7. Taburkan sedikit daun bwg sebagai hiasan.
Baby kailan ikan masin
Bahan:
50 gm baby kailan
2 ulas bwg putih } tumbuk
1 bj bwg besar   }  hiris
1 tbsp isi ikan tenggiri masin
1 tbsp sos tiram
1 tsp kicap sotong
garam secukup rasa
sedikit minyak
Cara:
1. Tumis bwg putih hingga naik bau.
2. Masukkan isi ikan tenggiri. Goreng.
3. Masukkan kailan, sos tiram dan sos sotong.
4. Gaul rata hingga kailan lembut.
5. Masukkan garam dan bwg besar hiris. Gaul.
6. Rasa. Hidang.
Ikan Kembung Tiga Rasa
Bahan:
2 ekor ikan kembung } perap garam dan digoreng
Bahan kuah:
3 tbsp sos cili
4 biji bwg merah }
2 ulas bwg putih  } mayang
1 bj bwg besar }
1 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap cair
1 tsp seasoning
sedikit air
gula dan garam secukup rasa
Cara:
1. Tumis bwg merah, bwg besar dan bwg putih hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram , kicap cair, sos cili dan sedikit air.
3. Masak hingga mendidih dan biarkan kuah sedikit pekat.
4. Masukkan garam dan gula. Rasa.
Cheddar Cheese Cupcakes
Cheddar Cheese Cupcakes
Sumber: Chef Amy Heng
Bahan A:
4 egg yolks
60ml milk
50gm caster sugar
60gm melted butter
120gm cake flour - sy pakai self raising flour je
1 tsp baking powder - dh pakai self raising flour, so sy x letak la
1/4 tsp salt
1 tsp orange paste - sy pakai kulit oren dan 1 tbsp oren jus
Bahan B:
4 egg whites
50 gm castor sugar
1/2 tsp cream of tartar
Decoration
150 gm grated cheddar cheese
Method:
1. Hand whisk ingredient A. Leave aside.
2. In a mixing bowl, whisk egg whites and cream of tartar until foamy. Add in sugar and continue whisking until stiff.
3. Add in no. 1 ino egg white batter. Mix well. Add in half of grated cheese from decor. Scoop into piping bag.
4. Pipe batter into prepared papercup and decor with cheddar cheese.
5. Bake at 180C for 20-25 min.
Ketupat Sotong Kelantan
Bahan:
2 kg sotong sederhana besar - dibuang kulit, mata dan basuh bersih.
200 gm beras pulut - dibasuh dan rendam dgn santan cair sebentar
3 helai daun pandan - diikat
500gm santan cair
500 gm santan pekat
1 1/2 kerek manisan kelapa (abt 5 oz gula melaka/gula perang)
1 tsp garam
toothpick secukupnya
Cara:
1. Sumbat beras pulut ke dalam sotong sebanyak separuh sotong, sumbat dgn kepala sotong dan cucuk dgn toothpick.
Buat semua hingga selesai.
2. Susun sotong dalam kuali besar. Curahkan santan cair. Masukkan daun pandan.
3. Hidupkan api. Biarkan sotong masak. Kacau perlahan sekali sekala.
4. Bila pastikan sotong dan pulut dalamnya masak. Masukkan selebihnya beras pulut (yg lebihan dari sumbat sotong). Kacau dan biarkan pulut masak.
5. Masukkan santan pekat, manisan kelapa dan garam. Kacau selalu. Kecikkan api.
2 Jenis masakan Lala
Bahan:
1 kg lala - basuh bersih
700 ml santan cair
5 ulas bawang merah - dikisar
1 inci halia -dikisar
1 biji bwg besar - dipotong
2 biji cili merah segar - potong 2
sedikit minyak
garam dan gula secukup rasa
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bwg merah dan halia yang dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan santan cair. Biarkan mendidih.
3. Masukkan lala, bwg besar potong dan cili merah potong. Biarkan mendidih.
4. Masukkan bhn perasa - garam dan gula. Rasa. Hidang.
Lala Ala Thai
Bahan
2 kg lala - dibersihkan
4 batang serai - dititik
2 sudu besar sambal belacan
5 helai daun limau purut - dikoyak
2 biji bawang besar - dikisar
1 biji bawang besar - mayang kasar
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak
Cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang kisar dan sambal belacan hingga naik bau.
2. Masukkan serai, daun limau purut dan lala. Kacau-kacau hingga masak.
3. Masukkan sedikit air, garam dan gula. Rasa.
4. Masukkan bwg mayang dan kacau hingga bwg layu sedikit. Angkat dan hidang.
Kek Jagung Bergulung
Sumber: Alex Goh
Bahan:
5 biji telur
130 gm gula
80 gm tpg gandum
20 gm tpg jagung
1/2 tsp baking powder
80 gm mentega cair
1/2 tin jagung kernel
Cara:
1. Pukul telur dan gula hingga gebu.
2. Campurkan tpg gandum, tpg jagung dan serbuk penaik.Pukul hingga sebati.
3. Campurkan mentega. Gaul rata.
4. Tuang ke dalam acuan lurus kek gulung. Ratakannya. Tabur jagung kernel ke permukaan.
5. Bakar pd suhu 190C selama 20min pd rak tgh.
6. Keluarkan kek dari bekas serta merta setelah masak.
7. Biarkan sejuk dan sapukan permukaan dgn butter cream dan gulung kek.
Sotong Masam Manis
Bahan:
300 gm sotong - potong dan bersihkan
1/2 biji cili benggala - potong dadu
1/2 biji buah tomato - potong dadu
1/2 btg karot - potong nipis
1/2 biji bwg besar - potong dadu
2 tbsp sos tomato
1 tbsp sos cili
1 tsp gula
garam secukup rasa
1 tsp tpg jagung
sedikit air
sedikit minyak utk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bwg merah hingga layu.
2.Masukkan sotong dan kacau hingga masak.
3. Masukkan karot dan cili benggala. Kacau.
4. Masukkan sos cili, tomato, air, tpg jagung, gula dan garam. Kacau dan rasa.
Kurma Daging
Bahan:
500 gm daging - potong nipis
4 tbsp rempah kurma - campur sedikit air utk jadikan pes
6-7 ulas bwg merah - blend
2 inci halia - blend
3 biji cili hijau - potong tangkai
1 biji bwg besar - potong 8
500 gm santan pekat + 500ml air
2 biji kentang - potong 6 setiap sebiji
minyak utk menumis
garam dan gula secukupnya
CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis bwg dan halia yg diblend hingga naik bau.
2. Masukkan pes rempah kurma. Kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau.
4. Masukkan santan yang dicampur air. Biarkan mendidih.
5. MAsukkan kentang dan kacau hingga kentang dan daging masak.
6. Masukkan bwg besar dan cili hijau.
7. Masukkan garam dan gula. Rasa.
8. Biarkan mendidih dan rasa. Hidang