Want your
own Fotopage?






 
Nik Hazlini's FotoPage

By: Nik Hazlini Nik Hussain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 2-Jun-2008 02:54 Email | Share | | Bookmark
Mari Main masak-masak 2

Mee kuning
Pagi semlm buat mee kuning utk sarapan anak2 ku yg suka mee ni......resipi ni sy amik dari Dapur Wanita.
Dah byk kali buat.
Ini saya sertakan resipi dan cara membuat....kalau tak silap dulu ada orang minta resipinya.

Mee Kuning
Sumber: Dapur Wanita

Bahan-bahan:
350g tepung high protein
1 biji telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
sedikit pewarna kuning
6 sudu besar minyak masak atau secukupnya
sedikit tepung utk taburan
Cara membuat:
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
2. Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
3. Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental
5. Bahagi doh kpd bahagian yg kecil.
6. Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1)
7. Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
8. Pilih ketebalan yg dikehendaki , gelek utk kali terakhir disini
9. Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
10. Ulang begini sehingga abis kesemua bahagian doh tadi
11. Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
12. Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
13. Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
14. Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.


Sunday, 1-Jun-2008 02:45 Email | Share | | Bookmark
Mari Main masak-masak

Lala Goreng Berserai
Bingka Roti Berlauk
Bubur Som som bernanas
Ni antara masakan yg dimasak sepanjang minggu.

Lala Goreng Serai
Bahan:
1 kg lala
3 btg serai - dititik
1 biji bwg besar - dimayang kasar
5 helai daun limau purut - dikoyak kasar
2 ulas bwg merah } ditumbuk
2 ulas bwg putih ] ditumbuk
1 1/2 tsp cili kisar
3 tbsp minyak masak
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
Cara:
1. Bersihkan lala dan ketepikan.
2. Tumis bwg - putih dan merah hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan serai dan daun limau purut.
5. Masukkan lala. Kacau.
6. Masukkan air. MAsukkan perasa - gula dan garam.
7. Masak hingga masak dan rasa. Hidangkan.

BINGKA BERLAUK

Bahan
1 cawan tepung gandum - sy kisar roti sandwich
3 s/b tepung jagung
3 cawan santan [1 cawan susu cair + 2 cawan air] - sy pakai santan sederhana pekat
1 s/k garam
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 s/b keju cheddar - sy potong 4 slice keju cheddar

Cara
1. Kacau semua bahan kecuali keju dan tapiskan kedalam loyang 8x 8 inci yg telah disapukan majerin.
2. Masukkan dlam oven yg telah dipanaskan 180’C selama 20 minit.
3. Keluarkan dan taburkan inti yg telah disediakan dan baker lagi selama 30 minit atau s ehingga nampak masak.
4. Sejukkan dan taburkan daun bawang dan daun sup dan cili merah yg dicincangkan.
5. Potong dan hidangkan.

Bahan Inti dan hiasan
200 gm daging kisar/cincang
2 biji kentang [potong dadu kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu/blend]
1 batang kecil carrot [potong dadu]
1 s/b rempah kari
2 biji cili merah [cincang]
Daun sup dan daun bawang [hiris halus]
1 s/b minyak
Garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
3. Masukkan rempak kari dan kacau lagi.
4. Masukkan kentang dan carrot juga garam.
5. Masakkan sehingga kering dan kentang dan carrot lembut.
6. Angkat dan taburkan atas adunan yg telah separuh dibakar.
7. Bakar lagi 20-25 minit.
8. Sejukkan dan potong.
9. Susunkan kueh dalam pinggan dan taburkan hirisan daun bawang & sup , cili merah dan bawang goring.

BUBUR SUM-SUM

Sumber: Fp Kak Liza

Bahan
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1/2 s/k garam

1 tin buah nanas cube (dlm tin) - sy tambah


Cara.
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan dalam periuk atau non-stik wok.
3. Kacaukan adunan sebentar dan tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
4. Kukuskan selama 5 minit.
5. Tutup api dan sejukkan.
6. Potong dan hidangkan bersama air gula merah.

AIR GULA MERAH

Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan simpulkan

Cara.
1. Panaskan semua bahan sehinggan mendideh.
2. Tapiskan dan sejukkan.


Saturday, 31-May-2008 02:51 Email | Share | | Bookmark
Percubaan resipi - Kek Buah Inggeris

Kek Buah Inggeris
 
Pagi semlm try resipi kek buah yang ni.....salu buat yg kukus........yg bake ni lebih cepat dibuat. Saya try resipi ni dari buku Chef Anuar.

Kek Buah Inggeris
Sumber: Langkah demi langkah bersama Chef Anuar
Bahan:
200 gm mentega
130 gm gula ising
5 biji telur
470 gm tepung serba guna
560 gm buah-buahan campuran kering
15gm soda bikarbonat
170 gm sirap kencana atau karamel
160 ml susu segar
Cara:
1. Pukul mentega bersama gula ising hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sebati. Ketepikan.
3. Gaulkan rata tepung bersama buah-buahan campuran dan soda bikarbonat.
4. MAsukkan buah campuran di dlm adunan mentega dan gaul sebati.
5. Masukkan sirap kencana atau karamel dan gaul rata.
6. MAsukkan susu dan putar perlahan.
7. Ratakan adunan di dlm tin pembakar yg disapu sedikit mentega dan bakar pd suhi 170C - 45 minit.
Panduan:
* Untuk membuat karamel, cairkan 100 gm gula halus di dalam periuk di atas api perlahan dan kacau hingga perang.
Tuang 80ml air, kacau sebati dan sejukkan.
* Sejukkan kek 2 jam di dlm peti sejuk agar senang dipotong.
* Campur tepung bersama buah-buahan kering agar apabila dibakar buah tidak turun ke bawah.


Monday, 26-May-2008 07:04 Email | Share | | Bookmark
Asparagus Goreng Udang

Asparagus Goreng Udang
Asparagus Goreng dgn Udang

Bahan:
1 ikat asparagus - potong serong
10 ekor udang basah - dibuang kulit

3 ulas bawang putih - tumbuk
sedikit minyak utk menumis
Sedikit air
garam secukup rasa

Cara:
1. Asparagus dipotong serong , basuh dan toskan air.
2. Udang dibuang kulit dan basuh.
3. Bwg putih ditumbuk.
4. Panaskan minyak masak dan tumis bwg putih hingga naik bau.
5. Masukkan udang dan goreng hingga masak.
6. Masukkan asparagus dan kacau.
7. Masukkan air dan garam. Biarkan masak.
8. Hidangkan.


Sunday, 25-May-2008 12:59 Email | Share | | Bookmark
Diet II: Sup Shitake Tofu Ikan

 
 
Ni kira makanan org dietlah..........buat tadi jugak utk diri sendiri.

Resipi: Sup shitake tofu ikan
Sumber: Nini

Bahan:
Sedikit cendawan shitake kering nipis - rendam dan potong halus
1 bekas tofu lembut - potong kecil
250 gm isi ikan tenggiri / dori potong kecil
5 ketul crab stick - potong halus

3 biji telur - dipukul sedikit
1 paket kecil suhun - rendam dan potong pendek
3 ulas bwg putih - tumbuk
3 liter air
2 tbsp tepung jagung
1 tsp serbuk lada hitam
garam + gula secukup rasa

Cara:
1.Didihkan air. Masukkan bwg putih dan ikan + crab stick.
2. Biarkan mendidih.
3. Masukkan cendawan, tofu lembut dan suhun.
4. Bila mendidih, masukkan tpg jagung, lada hitam, garam + gula. Rasa.
5. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat. Biarkan mendidih lagi dan hidang.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net