Want your
own Fotopage?






 
Nik Hazlini's FotoPage

By: Nik Hazlini Nik Hussain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-May-2008 12:38 Email | Share | Bookmark
Percubaan Kuih-muih senang

Apam balik jagung
Doriyaki blueberi......Doraemon makan inti kacang merah
Mini sandwich pie sebelum dibakar...masih dlm bekas mufin
Sandwich mini pie selepas dibakar....cantik letak dlm paper cup
Kuih cara berlauk
Ni yang dibuat pagi tadi juga. Mmg mcm2 dok nak makan........sedang pantang ni mcm pantang pulak apa2 yang terlintas di kepala.......mesti nak buat. Tapi buat sikit je la.
Cuba test power kata org.......tambah2 i suka apam balik yang tanpa kacang tp lebih jagung.......mmg eloklah buat sendiri. Sb kalau jual biasanya kena beli yg standard procedure , tak leh nak customised.

Resipi 1: APAM BALIK
Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (sy pakai susu cair tin)
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur (sy x letak pun)
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
sedikit mentega

Cara membuat:
Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.

I ni dok jengah2 fp org.........tertgk dlm fp Rinchan..........minat pulak tgk resipi dari roti. Terus gi beli roti sandwich. Lagipun masih ada lagi inti lebihan buat kuih cara. Elok gak buat inti byk2 terus....boleh pelbagaikan resipi.

Resipi 2: Sandwich mini pie (tolong lah bg nama glamer skit.....wa dah x tau nak namakan apa)
X ingat dah Rinchan letak nama apa.

Bhn:
Roti sandwich - 1 bungkus
roller pin
penerap acuan bulat

saya pakai tray muffin utk letakkan roti tu jd kan shell masa bake.
Inti - daging ke, sardin ke...apa 2 je la.
Mozarella cheese secukupnya

Cara:
1. Roll sandwich. Terapkan dgn acuan dan masukkan ke acuan.
2. Bakar sekejap sehingga jd mcm tart shell.
3. Isikan inti dan taburkan mozarella cheese ke atasnya.
4. Bakar lagi sekejap. Hidang.


Pagi semlm buat sedikit kuih untuk sarapan......kuih cara berlauk menjadi pilihan.

Resipi 3:KUIH CARA BERLAUK
sumber : Kakliza
Bahan Inti
1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bawang besar ..potong dadu kecil
1 ulas bawng putih....cincang halus
1 s/b rempah kurma
1 s/k minyak utk tumis
garam
daun bawang...... .mayang kecil ]
cili merah....... hiris halus ] hiasan
Daun pandan dipotong 2 dan carikkan sebagai berus
untukmenggris acuan kueh cara

Cara masak inti
1. Tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi.
2. Masukkan daging/ayam & garam dan biarkan mendideh dan kering.
2. Bila telah kering..angkat dan sejukkan.

Bahan untuk adunan batter:
2 cawan tepung
1 cawan santan (saya gantikan dgn susu cair dlm tin je)
2 cawan air
1 biji telur
garam
pewarna kuning
Cara membuat kueh:
1. Blendkan/gaul rata semua bahan dan tapiskan.
2. Masukkan sikit adunan dalam teko yg muncung panjang
[senang nak tuang kedalam acuan kueh cara]
3. Minyakkan acuan kueh cara dengan berus daun pandan yg disediakan
4. Tuangkan adunan
5. Masukkan sesudu kecil inti daging yg disediakan
6. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung
periuk kecil
7. Bila agak dah masak.. angkat dan hidangkan.

Pagi tadi buat kuih kegemaran Doraemon ni....cuma x der stok kacang merah paste........so letak je inti blueberi.

Resipi 4: Dorayaki
Sumber: Langkah Penyediaan Masakan Jepun
Penulis: Pn Meriam Ishak & Chinatsu Watanabe (IPS)

180 gm tpg gandum biasa
1 1/2 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
3 bj telur
150gm gula kastor
2 tbsp madu
100mlair
inti kacang merah secukupnya (x de stok ...so sy pakai blueberi)

Cara:
1. Pukul telur , gula dan madu di dlm mangkuk sehingga campuran menjadi ringan dan gebu.
2. Masukkan tpg sedikit demi sedikit dan kacau perlahan.
3. Masukkan air dan kacau sehingga adunan menjadi rata dan licin.
4. Sapu minyak pada kuali (Saya pakai kuali tidak melekat)
5. Masukkan 2 sudu besar adunan dan bakar hingga warna kekuningan dan bhg atasnya kering. Gunakan api kecil.
6. Angkat dan letak inti kacang di tengahnya.
7. Cantumkan dgn sebj lagi. Hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net