Want your
own Fotopage?







 
Nik Hazlini's FotoPage

By: Nik Hazlini Nik Hussain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-May-2008 07:01 Email | Share | Bookmark
Resipi senang dan ringkas

Baby kailan with oyster sauce
Ikan celup tepung
Tepung tempura yang biasa digunakan
Telur bungkus senang
Resipi-resipi ini senang dan amat sesuai untuk orang-orang yang bizi dan tak berapa rajin macam saya. Tapi keluarga saya amat menyukai nya.

Telur Bungkus Senang

3 biji telur - pukul sedikit
Sedikit garam


Inti
2 sausage - dipotong kiub kecil2.
Sedikit mix vege
Sos cili - secukup rasa
Sos tomato - secukup rasa
Garam
Tepung jagung
1 Bwg besar - dipotong kiub kecil2.
Minyak utk menumis

Cara:
1. Sediakan inti dulu.
2. Tumis bwg besar hingga layu.
3. Masukkan sausage dan mix vege. Kacau hingga masak.
4. Masukkan perasa - sos cili, tomato, garam, air dan tepung jagung.
5. Rasa dan angkat.

6. Goreng telur dalam kuali yang sederhana panas dgn melenggang2 kuali tu supaya mendapat telur yang nipis.
Buat hingga habis telur. Saya dapat 3 telur nipis sederhana saiznya.
7. Angkat dan letakkan inti. Bungkus inti dalam telur.
8. Hidangkan dalam pinggan. Hias dgn pancitkan thousand island / mayo.

Ikan celup tepung

Beberapa ekor ikan - saya gunakan Ikan selar kuning

Tepung tempura segera - saya pakai brand Gogi seperti disertakan
Air secukupnya
Seketul ais
Garam - optional

Sos cili - sebagai perasa

Cara:
1.Bersihkan ikan dan lumurkan dgn sedikit garam.
2. Bancuh tepung tempura dgn air sejuk atau letak ais.
3. Panaskan minyak dan sedia menggoreng secara deep fry
4. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan masukkan dalam minyak.
5. Goreng hingga masak dan angkat.
6. Cicah ikan dgn sos cili.


Baby kailan with oyster sauce


Bahan:
Sebungkus baby kailan
6-7 ulas bawang putih - tumbuk / pecah-pecahkan
Minyak utk menumis
Sos tiram
Tepung jagung
Sedikit air

Cara:
1.Potong hujung batang kailan yang keras. Basuh dan toskan air.
2. Celurkan baby kailan dalam air mendidih.Angkat dan toskan air.
3. Di dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bwg putih tumbuk hingga kekuningan.
4. Masukkan air, sos tiram dan sedikit tepung jagung. Kacau dan rasa.
5. Susun kailan celur dalam pinggan dan curahkan kuah sos tiram ke atasnya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net